Sunday, July 16, 2017

Alteration : Pendekkan Dress 1

dress alteration

Siang tadi cik melor 2,3 round gi open house. Ter'over' kenyang sampai tak larat nak bangun huhuhuuh. Sesambil melayan punggung yang memberat, kita duduk depan laptop pastu tertaip le cerita aktiviti 'alteration' kita supaya senah ada benda nak baca. Kesian my follower terutama silent follower yang tiap-tiap hari tak miss masuk baca blog cik melor ni. Thank you to Uuuu.

'My Customer' ada hantar beberapa dress/jubah untuk dialterationkan/dipendekkan. Mereka hanya bagi bag berisi dress tapi puan dress tidak hadir sekali. Oh ini akan menyebabkan kesukaran sikit untuk kita nak dapatkan hasil kerja alteration yang baik

Ini tip dan rahsia kita untuk dapatkan kaki dress yang cantik lepas buat alteration. Kita akan suruh customer pakai dress, lepas tu tunjukkan ngan kita. lepas tu kita pinkan sekeliling kaki dress tu dengan customer masih memakai dress. Kenapa??? senah tak percaya ke.

Itu la rahsia, tip dan cara kita bila buat alteration untuk dress. Nak potong gitu saja pun bolehhhhhh senah eh. cuma keberangkalian hasilnya tu nanti kadang ok, kadang senget, kadang kita sendiri pun tak tahu hahahaha.

Cara ku cara mu mungkin tak sama. Dah tentu-tentu hasilnya juga tak sama. Yang pasti pangilannya tetap sama 'SI TUKANG JAHIT. Bye.


 

Wednesday, July 12, 2017

Alteration : Tukar Getah Tangan

alteration dress

Walaupun sekadar suka-suka tapi cik melor tak menafikan hasil dari aktiviti ini dapat mengemukkan poket sendiri dan rasanya lebih manis dan lemak berkrim hahhah. Alhamdullilah terima kasih ya Allah.

Rezeki kali ni kita di minta meng'alteration'kan pergelangan tangan dress. Bila lelama pakai getah-getah yang ada kat baju tu akan jadi 'loose' longgar. Bila berlaku macam tu dah tentu la orang macam kita yang pertama di ingatan. Betul tak senah

Cantikkan hasil selepas kita meng'alteration'kan pergelangan tangan tu. Macam baru. Senah pun kalau ada masalah nak tukar getah tangan macam ni boleh tpon kita. Kalau rajin boleh juga buat alteration tukar getah tangan sendiri. Klik sini Cara Mudah Pasang Getah Seluar. 

Andainya senah memang jenis  yang tak reti langsung serta elegik dengan jarum dan benang jangan bimbang, cik melor kan ada.  Cik melor boleh buatkan alteration untuk senah. Whatsapp  aje ke 017 6430301 nanti boleh buat kira haha. Bye.